Khamis, 26 Disember 2013

Daging Masak Lada Hitam

DAGING MASAK LADA HITAM

Bahan-bahannya

300 g daging lembu ( dibersihkan dan di potong kecil-kecil)
1 labu bawang besar (di potong bulat)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
4-8 biji cili padi
daun ketumbar ( dihiris)
daun bawang ( di potong )
sepotong karot ( potong memanjang)
1 biji buah tomato ( di potong)
2 sudu besar kicap manis
2 sudubesar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & serbuk kunyit

Cara membuatnya

1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masak dalam kuali untuk keringkan airnya.

2. Apabila daging agak kering masukkan sedikit minyak dan goreng sedikit.

3. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, lada hitam yang telah di tumbuk. Goreng seketika bersama daging tadi. Masukkan karot.

4. Masukkan sos cili, kicap,sos tiram dan sedikit air.

5. sesuaikan rasa dan last sekali masukkan daun ketumbar, daun bawang dan buah tomato.

6. Kacau, angkat dan hidangkan.



By: potretkasih.com





















Resepi ini saya kongsikan dari potretkasih.com,bukan mahu mencuri namun sekadar mahu berkongsi.

Tanda - Tanda Hati Kotor


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad


 KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD Khutbah ini disampaikan pada 9 hb Zulhijjah Tahun 10 hiijriyyah di Lembah Uranah Gunung Arafah. Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspada terhadap Syaitan demi keselamatan agama. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar. maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh sungguh kata kataku ini, sembahlah Allah. dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah "ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh. Ingatlah. bahawa kamu akan mengadap Allah pada satu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu. awasilah agar jangan sekali kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya. itulah Al Quran dan Sunnahku Hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba hamba Mu ... 

KAWAN




Renung-renungkan,bagaimana sikap kita terhadap kawan kita.

Anak Dan Bapa Maut Dalam Nahas Di Beluran


ANAK DAN BAPA MAUT DALAM NAHAS DI BELURAN

Beluran, 26 Dis - Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia dua tahun maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di KM 80, Jalan Beluran-Telupid semalam.

Sementara isterinya yang berusia lingkungan 30-an dan seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran ASP Kamaruddin Ambo Sakka berkata bapa tersebut Ahmad Rafaie Daud, 33, dari Sandakan mati di tempat kejadian sementara anaknya Nur Amani Batrissya meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Telupid.

Isteri mangsa mengalami cedera parah sementara anak lelakinya cedera ringan dan dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya.

Beliau berkata kereta yang dipandu Ahmad Rafaie yang datang dari arah Telupid dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

Akibat dari pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke kanan jalan, katanya.- BERNAMA

Keadaan Di Alam Kubur

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."

Abu Hurairah r.a