Keunikan makanan yang terdapat di negeri Sabah,antaranya adalah seperti yang saya lampirkan di bawah.
Ambuyat
Terkenal di pantai barat Sabah walaupun sebenarnya makanan tradisional Melayu Brunei,selain di Sabah,ambuyat ini juga terdapat di Sarawak dan Brunei Darussalam..ambuyat ini diperbuat daripada tepung sagu.
Kuih Cincin
Kuih cincin ini popular di daerah papar,sedap dan rangup...sedikit manis dan masin.
Hinava
Lazimnya Hinava mudah di sediakn. Bahan-bahan yang di perlukan adalah ikan tenggiri, limau nipis, cili besar merah, bawang merah dan bahan yang special biji buah "bambangan" yg di kisar halus.
Bosou@Toonsom
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.
Noonsom
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan