Rabu, 29 Januari 2014

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH(TAULADAN)

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!) Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman Jangan lupa tekan share

Isnin, 27 Januari 2014

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

- Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
- Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
- Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
- Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
- Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
- Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
- Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
- Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

Sumber: zamdurrani.dumei.com

Bas Ekspress Terbakar






Telupid: Seramai 32 penumpang dan dua pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas sempat keluar apabila kenderaan berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Telupid dipercayai berpunca daripada rokok, kira-kira jam 1 petang tadi


Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dipercayai memberhentikan kenderaan di atas jalan sebaik penumpang menjerit ada asap di dalam bas terbabit. 



Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi untuk memadamkan api berkenaan.


ps**malang tidak berbau,oleh itu sentiasalah berhati - hati,jangan cuai.

Ahad, 26 Januari 2014

BEKU UMPAMA SALJI

SABAH: Embun beku umpama salji

Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.

Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.
“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

Putih seperti kapas

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.

Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.

Sabtu, 25 Januari 2014

EMBUN BEKU UMPAMA SALJI



  Puncak Kinabalu catat suhu hingga -2'celcius dan air kolam di puncak membeku. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya

MAKANAN TRADISIONAL SABAH


   Keunikan makanan yang terdapat di negeri Sabah,antaranya adalah seperti yang saya lampirkan di bawah.


       Ambuyat

   Terkenal di pantai barat Sabah walaupun sebenarnya makanan tradisional Melayu Brunei,selain di Sabah,ambuyat ini juga terdapat di Sarawak dan Brunei Darussalam..ambuyat ini diperbuat daripada tepung sagu.


     Kuih Cincin

Kuih cincin ini popular di daerah papar,sedap dan rangup...sedikit manis dan masin.


Image
           Hinava

    Lazimnya Hinava mudah di sediakn.  Bahan-bahan yang di perlukan adalah ikan tenggiri,  limau nipis,  cili besar merah, bawang merah  dan bahan yang special biji buah "bambangan" yg di kisar halus.



     Bosou@Toonsom
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.


  Noonsom

Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).

KEK COKLAT KUKUS

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )

125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak)
1/3 cawan serbuk koko (diayak)
1/3 cawan horlicks (diayak)
4 biji telur gred AA
225 gm mentega
3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek)

Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).

Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.

Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar.

Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.

Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)

***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri


By: linapg.blogspot.com