Selasa, 31 Disember 2013

Sotong Masak Kicap Berlada

SOTONG MASAK KICAP BERLADA

bahan:
2kg sotong, siang dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
kicap cap kipas udang.. manis punya..

cara:
rebus sotong.. angkat dan toskan..
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. dn halia..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang telah ditumbuk.. bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.. masukkan cili kisar..
masukkan sotong.. bawang besar dan cili hijau..
masukkan kicap.. tambah sedikit aji kalau suka..
tutup api.. sedia untuk dihidang..


Thanks to: Mak Long - aidahjune.blogspot.com























   Resepi ini saya kongsi dari fb,Apa Nak MASAK Hari Ini - Simple Tapi Sedap..
jangan lupa like page ni tau hihi...

Isnin, 30 Disember 2013

Buah Tempatan Sabah

    Hari ni saya muatkan buah- buahan yang menjadi kegemaran orang di Sabah,mungkin ada sesetengah tempat yang kenal buah di bawah ni...gambar yang pertama ni kitorang panggil buah *pahu*,mungkin ada nama lain juga untuk buah ni,namun kami sinonim dengan panggilan ini..yang bawah ni pula buah terap..kebiasaannya kami panggil*tarap*...



   Buah pahu ni sedap untuk buat sambal,makan dengan nasi putih dan lauk lain,saya pasti kalau yang pandai makan buah ni memang setuju dengan saya bahawa buah ni memang sedap.



   Buah Terap ni pula sedap dimakn begitu sahaja kalau buahnya sudah masak ranum,mengeluarkan bau yang wangi,buahnya berwarna putih dan sedap,selain boleh dimakn begitu saja buah terap yang masak boleh juga dibuat kuih,manakala buah terap yang masih muda boleh dibuat lauk,selalunya dimasak sup atau masak lemak,kalau rasa nak cuba makan makanan ini jangan lupa datang ke sabah,senang dapat d daerah perkampungan...

Sabtu, 28 Disember 2013

Pakaian Tradisional Sabah


Bajau



















Dusun


Bugis


Bajau Semporna

  Seperti yang diketahui di Sabah terdapat pelbagai etnik dari pelbagai tempat,etnik terbesar adalah masyarakat Dusun/Kadazan Dusun,Bajau,Murut,Bugis,Rungus dan banyak lagi yang tidak saya sebut disini,itupun masih boleh dipecahkan contohnya kalau Dusun kita ada Dusun Papar,Dusun Ranau contohnya la..begitu juga dengan Bajau...Dan Untuk pengetahuan Sabah terkenal dengan pakaian tradisionalnya mengikut sesuatu kaum...diatas adalah sebahagian daripada pakaian tradisioanal yang terdapat di negeri Sabah...Sabah sebenarnya kaya dengan pelbagai adat dan kepercayaannya,malah kaya dengan budayanya,kalau anda berminat nak mengenali budaya yang tentunya unik ini datanglah ke Sabah...

Mutiara Asli Sabah


























   Haa...mari - mari..hihi..takde saja nak bagitau korang,kat Sabah banyak mutiara..huhu...saya tau kebanyakan orang pompuan mesti suka tengok mutiara ni kan..haaa..apalagi jom la ke Sabah kalau nak cari mutiara asli..macam - macam ada,ada cincin,keronsang,gelang,rantai dan banyak lagi la..semuanya mutiara..kelebihan kalau datang ke Sabah kita boleh pilih sendiri mutiara yang kita suka,lagipun kalau datang terus ke Sabah kita boleh beli mutiara ni dengan harga yang murah..so apalagi jom la datang..tengok mutiara tu tak tergugat ke??..hihi...

Kraftangan Sabah Di Bawah Bayu












 Sesetengah Kraftangan yang ada di Sabah,kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh google ataupun datang sendiri ke Sabah..hihi..mari-mari,confirm anda akan berpuashati...

Kinabalu Park








Bunga Raflesia


Gunung Kinabalu

 Haaa...inilah Kinabalu Park,tempat kalau kita nak naik gunung Kinabalu..dah lama tak datang kat sini,walaupun saya orang Sabah asal dari Ranau tapi jarang datang kat Kinabalu Park ni hihi,lalu je selalu kaalu balik kampung..kalau nak datang Sabah jangan lupa singgah sini tau,Kinabalu Park ni sebelum Pekan Kundasang,memang tempat ni macam - macam ada,nak tengok bunga raflesia datang je sini,nak naik gunung Kinabalu pun mai datang sini juga hihi..tapi jangan lupa bawa baju tebal tau sebab tempat ni memang sejuk...Ranau memang banyak tempat best,kalau tak percaya datanglah...

Air Panas Poring





         Salah Sebuah Kolam yang ada di poring


                      Kolam - kolam Mandi



                   Mata Air Panas Poring



              Jambatan Atas Pokok



             

   Air Panas Poring yang terletak dikampung Poring Ranau,sebuah lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sabah,area Ranau selepas Tagal Kg.Luanti yang saya masukkan sebelum ini..Dari Poring hendak ke Tagal Kg.Luanti mengambil masa bebrapa minit sahaja,so jngan risau kerana jalan di area - area ini memang baik,kalau di tempat -tempat lain mesti ada sesuatu yang istimewa untuk kita cuba begitu juga di Air Panas Poring,kalau di Tagal Kg.Luanti kita ada Fish Massage,di Poring kita ada Jambatan Gantung Atas Pokok,selain itu kita boleh melawat air terjun,kalau nak bermalam juga pihak pengurusan ada sediakan tempat penginapan tapi mesti datang awal kalau tak nak kehabisan bilik hihi..pasal makanan pengunjung juga tak perlu risau kerana semuanya memang sudah ada..jadi sesiapa yang berkesempatan datang ke Sabah,jangan lupa datang kesini...
  

Pekan Kundasang










    Pekan Kundasang merupakan tempat persinggahan pengunjung yang datang berkunjung di Kundasang,untuk pengetahuan di pekan ini jugalah terletaknya Kundasang War Memorial,tidak jauh dari pekan ini juga terdapatnya Desa Cattle Farm..tidak rugi datang ke Kundasang kerana disini juga terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi,jangan susah hati untuk datang melawat tempat ini kerana terdapat banyak kemudahan..Homestay memang senang dapat,malah makanan halal juga berlambak ada disini..jangan risau kerana oranag di Sabah semuannya baik dan peramah walaupun berbagai kaum dan berbeza agama.

Stacy Terbuka Hati Peluk Islam


December 28, 2013
Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam...ALhamdulilah...Aamiin

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga.

Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.

Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat 
Melayu Berwawasan
-JJ-

Jumaat, 27 Disember 2013

Peringatan Untuk Wanita



Didikan Untuk Anak Lelaki Dan Perempuan


Sejauh Mana Amalan Kita







KALAU TAK NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU KERDIL SILA BACA . - Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. - Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. - Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. - Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. - Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. - Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. - Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. - Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. - Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. - Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. - Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. - Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. - Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. - Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. - ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. - Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. - Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. - Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. - Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. - Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. - Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. - Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. - Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. - Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. - Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. - Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAKUKAN? F.I.K.I.R SEJENAK

Sunnah Rasulullah


Kelebihan Membaca Surah Al-Ikhlas


Mutiara Kata Lagi


Khamis, 26 Disember 2013

Sahabat Yang Perlu Dihargai


Sunnah Hari Jumaat


Mutiara Kata


Kundasang War Memorial















Kundasang War Memorial merupakan satu lagi tempat pelancongan yang terdapat di negeri Sabah yang terletak di Kundasang.Tempat ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Negeri Sabah,keunikan Kundasang War Memorial menarik minat pelancong dari luar negara kerana bukan sahaja unik namun kawasannya yang cantik membuatkan pelancong tertarik untuk datang ke tempat bersejarah ini.