Ahad, 22 Disember 2013

RESEPI IKAN SIAKAP SWEET SOUR DAUN LIMAU PURUT


IKAN SIAKAP SWEET SOUR DAUN LIMAU PURUT

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Boleh tambah
3-4 helai daun limau purut ( di potong atau disiat sedikit )
sepotong karot ( hiris memanjang ) – boleh taruh sayur lain spt jagung muda, kobis bunga dll
sedikit kicap
sedikit sos ikan

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.

2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih.

5. Masukkan juga daun limau purut cili potong, garam dan gula.

6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yg telah digoreng tadi.

7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


By: Haneliza FP & potretkasih.com


(Resepi ini saya kongsi dari nama diatas,maaf andai perkongsian ini mendatangkan rasa tidak puas hati pihak berkenaan,tidak berniat untuk mencuri cuma mahu berkongsi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan