Jumaat, 28 Mac 2014

TOMYAM CAMPUR

Resepi Tomyam Campur
Bahan-bahan ( 4 orang makan )

3 ketul ayam-potong kecil
4 ekor sotong-potong bulat
Udang-kuantiti ikut suka
*1 ulas bawang putih,1 ulas bawang merah&sedikit halia
1-2 batang serai-titik
1 ketul kiub tomyam
3 helai daun limau purut
1 batang salery-potong serong
1 labu bawang besar-potong bulat
1/2 batang lobak merah-potong panjang
1 biji tomato-potong 4
Minyak utk menumis
Air&garam secukupnya
Cara-cara

Panaskan periuk dgn sedikit minyak..tumis bahan2 bertanda*.Masukkan ayam..gaul.
Masukkan garam&air secukupnya.Masukkan lobak merah.Masukkan serai yg telah dititik.
Masukkan kiub tomyam.sotong,udang,daun limau purut&salery.
Akhir sekali masukkan tomato&bawang besar.Tunggu hingga bahan2 masak boleh lah ditutup api.
Selamat Mencuba.


SUMBER DARI DUNIA RESEPI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan