Sabtu, 1 Februari 2014

Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Daerah Ranau

 Gegaran Di Ranau


   Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau.
Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.
“Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat.
“Setakat ini, pihak polis daerah tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam mengenai gegaran itu,” katanya.

- Bernama
1557439_714815791884675_1840303679_n


p/s:Walaupun lemah namun orang di kampung saya memang panik kerana gegaran yang dirasa memang amat kuat,sehinggakan ada diantara penduduk yang tidak berani masuk semula ke dalam rumah kerana takut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan