Jumaat, 28 Mac 2014

Tempat Menarik Di Sabah











   Diatas adalah merupakan antara tempat - tempat menarik yang boleh dikunjungi bila datang ke Sabah,kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat - tempat menarik ini cari kat google ye..hihi...

TOMYAM CAMPUR

Resepi Tomyam Campur
Bahan-bahan ( 4 orang makan )

3 ketul ayam-potong kecil
4 ekor sotong-potong bulat
Udang-kuantiti ikut suka
*1 ulas bawang putih,1 ulas bawang merah&sedikit halia
1-2 batang serai-titik
1 ketul kiub tomyam
3 helai daun limau purut
1 batang salery-potong serong
1 labu bawang besar-potong bulat
1/2 batang lobak merah-potong panjang
1 biji tomato-potong 4
Minyak utk menumis
Air&garam secukupnya
Cara-cara

Panaskan periuk dgn sedikit minyak..tumis bahan2 bertanda*.Masukkan ayam..gaul.
Masukkan garam&air secukupnya.Masukkan lobak merah.Masukkan serai yg telah dititik.
Masukkan kiub tomyam.sotong,udang,daun limau purut&salery.
Akhir sekali masukkan tomato&bawang besar.Tunggu hingga bahan2 masak boleh lah ditutup api.
Selamat Mencuba.


SUMBER DARI DUNIA RESEPI

UDANG 3 RASA

UDANG 3 RASA

Bahan:

1/2 kilo udang ( klu bole yg besau2)
1/4 cwn cili kering kisar*
15 biji cili api dikisar *
1inci halis dihiris
4 ulas bwg putih diketuk dan dicincang
2 biji bwg besar dihiris bulat
4 helai daun limau purut
2 sudu bsr sos tiram
1/2 cwn sos cili
sedikit kunyit serbuk
sedikit air
garam dan gula perasa( optional)
sedikit myk utk menumis

Cara:

1. Bersihkan udang gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan myk goreng udang suku masak.Angkat
3. Dengan myk berbaki goreng halia dan bwg putih sehingga wangi.Atambahkan cili kisar ( *)
Goreng sehingga cili benar2 masak.
4. Addkan sos tiram,sos cili serta daun limau purut.kacau rata addkan sedikit air.Biar mereneh
5. Bila dah mereneh addkan udang gaul rata dan sebati.Perasakan dgn garam serta gula
6. tambahkan bwg besar..Rasa masam .manis serta pedasnya.Kacau rata dan angkat....

******************************************
SUMBER DIDAPATI DARI DUNIA RESEPI

GULAI LEMAK CILI PADI KETAM

Gulai Lemak Cili Padi Ketam

Bahan-bahannya:

1 kilo ketam-di bersihkan
1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
1 helai daun kunyit-siat
3 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
Garam dan gula-secukup rasa.

Bahan kisar:

15 tangkai cili padi-boleh kurangkan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara Memasak:

1. Masukkan ketam bersama bahan kisar,serai,asam gelugur dan masak sebentar di atas api.
2. Masukkan santan bersama daun kunyit yang di siat.Masak dengan api sederhana dan kuah hendaklah sentiasa di kacau.
3. Perasakan dengan garam dan gula.bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.

**********************************************
SUMBER DARI DUNIA RESEPI...

AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam Goreng Berempah.
Sumber Asal: Fp Chef Joha
Olahan Semula: Dunia resipi

Bahan-bahannya:

1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa)
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus - tak letak
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
mama tambah ;
- 1 1/2 sudu besar serbuk kari
- 2 btg serai - potong pendek tumbuk lumat bersama lain2.
- 5 ulas bawang merah - tumbuk
- sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng

Cara-caranya:

1. Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam.
2. Gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen).
3. Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk.
4. Peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam(lagi lama lagi baik)
5. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli
*Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. *Sajikan panas.

**************************************
makan2 jugak..bentuk badan nk kena jaga..!!
rahsia kelihatan langsing
https://www.facebook.com/rahsiakurus7hari

Sabtu, 8 Mac 2014

PUDING JAGUNG

Gambar: Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan
15g agar-agar
600 ml air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin jagung dlm tin
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Satukan agar-agar dan air dlm periuk.masak sampai agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan masak sampai semua larut.
3. Masukkan susu cair,telur (pukul sikit) dan vanila.kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard (bancuh dgn air) dan jagung.kacau rata hingga mendidih/masak.
5. Angkat dan masukkan dalam loyang.bila dah agak sejuk,masuk dlm peti ais..

Sumber: azwanitaazhar.blogspot.com

Please Visit:
Aneka Resepi Puding: http://anekaresepipuding.blogspot.com/

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan
15g agar-agar
600 ml air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin jagung dlm tin
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Satukan agar-agar dan air dlm periuk.masak sampai agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan masak sampai semua larut.
3. Masukkan susu cair,telur (pukul sikit) dan vanila.kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard (bancuh dgn air) dan jagung.kacau rata hingga mendidih/masak.
5. Angkat dan masukkan dalam loyang.bila dah agak sejuk,masuk dlm peti ais..

Sumber: azwanitaazhar.blogspot.com

PUDING ROTI SOS KASTARD




Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat.
7. Hidang puding roti bersama dengan sosnya.

Sumber: mamawandiha.blogspot.com

Please Visit:
Aneka Resipi Kek Lapis : http://resipikeklapis.blogspot.com/
Aneka Resepi Puding: http://anekaresepipuding.blogspot.com/
Aneka Resepi Talam: http://resipitalam.blogspot.com/

Sabtu, 1 Mac 2014

TALAM PISANG


Talam Pisang

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara2
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang. - sy gunakan acuan lompang
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara2
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

Sumber: recipesasha.blogspot.com

Please Visit
Resepi Talam : http://resipitalam.blogspot.com/

Ahad, 9 Februari 2014

AZAB ANAK DERHAKA


Kisah Azab Lelaki Akibat Derhaka Kepada Ibu

Kisah Azab Lelaki Akibat Derhaka Kepada Ibu | Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal (bukan nama sebenar) menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi.
Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.



Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.
“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.
“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.”
Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih.
Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?
“Panggil ibunya segera,” kata saya.
Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara,

“Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulahdia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.
“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”
“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.
Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.
Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya.
Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.
“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar.

“Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu.
“Ahhh, saya tak kira.”

“Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.
Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ.
Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.
Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.
Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.
Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.
Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.
“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”
Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.
Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.
Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.
“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.
Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar.
Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya.
Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.
Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.
Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal.
Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.
Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu.
Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.
Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.
Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.
Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.
Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.
Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.
“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”
“Apa masalahnya itu?” tanya saya.
“Kubur adik saya berlubang ustaz.”
Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.
“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.
Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.
“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”
Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.


Sumber: Amekaw

Sabtu, 8 Februari 2014

KELEBIHAN GARAM IKUT SUNNAH RASULULLAH

Garam - Amalan Sunnah Yang Jarang Diketahui

Sunnah Rasulullah
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh para saintis bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Dari Abdullah Bin Umar
”Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya. Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ;”Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Khamis, 6 Februari 2014

Mengesan kewujudan saka

Macam mana pula kalau pemilik saka memberikan barang yang telah digunakan pada cucu adakah itu untuk mewarisi saka??
jikalau saka itu diturunkan tanpa diketahui,apa tanda-tanda membuktikan bahawa saka itu wujud dalam diri seseorang itu??
Betul ke pemilik saka mempunyai pantang larang?? contohnya tidak boleh melalui bawah ampaian ke.Kalau langgar apa akibatnya???
PANDUAN
Mewariskan barang-barang tidak ada salahnya. Yang kita khuatiri jika ada antara barang-barang tu yang menjadi tumpangan si saka. Saka hanya akan diwarisi jika kita terima barang yang menjadi tempat saka itu duduk sahaja. Barang-barang lain tidak ada masalah.
Antara tanda-tandanya:
1. Kita terasa macam ada suara jelas ataupun suara hati yang berbisik-bisik kepada kita, mendorongkan kita berbuat sesuatu ataupun mengelakkan kita daripada berbuat sesuatu.
2. Tiba-tiba kita cekap mengurut, ataupun mengubat orang, ataupun bersilat dan seumpamanya.
3. Sering mimpi yang menakutkan.
4. Sering mimpi berjumpa datuk nenek ataupun ibu bapa kita yang mewariskan saka itu lalu memberikan apa-apa panduan ataupun maklumat. Sebenarnya itu ialah si saka yang menyamar dalam bentuk mereka.
5. Kita kerasukan beberapa kali sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku.
6. Dan lain-lain.
Memang ada pantang-larang tertentu. Jika dilanggar, jin itu akan mendatangkan masalah seperti mengganggu tuan dan kaum keluarganya. Kadang-kadang turut mengganggu orang lain.
Wallahualam.

Sumber: Ikhtiar Muslim

Ahad, 2 Februari 2014

Siakap Masak Masam Manis



Ikan Siakap masak masam manis
Oleh:zaitongsyedahmad ( Buku Resepi )

Bahan-bahan

seekor ikan siakap siap di goreng
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
sos cili dan tomato 1/2 botol
2 sudu cuka
2 labu bawang besar di mayang
cili besar di potong memanjang
cili kecil dihiris
2 biji tomato buah di potong empat

cara masak

tumis bawang putih
masukkan sos cili dan tomato
masukkan cuka, gula dan garam,
tambah secawan air,
masak hingga mendidih,
masukkan bawang cili dan tomato yang dipotong (sekejap shj)
tuangkan sos atas ikan yang dah siap di goreng tadi.selamat mencuba!

Larangan Berkongsi Atau Memuatnaik Gambar Bayi Usia Bawah 4OHari.



UNTUK DIKONGSI DGN. SAHABAT2, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

Al Ain :
Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main. SalaamULLAHu Alaykum...

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:
"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)

- (Riwayat al-Baihaqi).

" Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain. Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ
وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :
“Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim) عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)"
(HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas. عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata :
“Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?)
(Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat) عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!
(HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith : عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).

Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus. Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.

Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus .

Janda Dibakar Kekasih Meninggal

Janda dibakar bekas kekasih akhirnya meninggal dunia
February 2, 2014

Masihkah anda ingat kejadian tragis di mana seorang ibu tunggal serta anak perempuannya berusia empat bulan yang melecur teruk apabila rumah yang didiami mereka dibakar dipercayai oleh bekas teman lelaki wanita itu sendiri di PPR Setapak Jaya, Wangsa Maju pada 21 Januari lalu?

Terkini, wanita malang itu, Saliza Saidin, 29, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, jam 5 petang, semalam selepas berada dalam keadaan kritikal sejak 12 hari lalu.

Difahamkan insiden itu berlaku pada 1.30 pagi, 21 Januari lalu, selepas suspek, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, dan mangsa bergaduh sebelum Afizi mengurung Saliza dan kemudiannya menuang petrol di sekeliling bilik tidur Saliza.

Akibatnya, Saliza dan anaknya, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril melecur 80 peratus badan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Manakala, ibu Saliza, Som Dollah, 62, turut melecur pada tangan dalam kejadian itu.

Mohd Afizi, yang merupakan seorang mekanik di sebuah kedai basikal telah ditahan pihak polis di Hutang Melintang, Perak pada jam 3 pagi, 22 Januari lalu, lapor Mynewshub.
Janda dibakar bekas kekasih akhirnya meninggal dunia
February 2, 2014

Masihkah anda ingat kejadian tragis di mana seorang ibu tunggal serta anak perempuannya berusia empat bulan yang melecur teruk apabila rumah yang didiami mereka dibakar dipercayai oleh bekas teman lelaki wanita itu sendiri di PPR Setapak Jaya, Wangsa Maju pada 21 Januari lalu?

Terkini, wanita malang itu, Saliza Saidin, 29, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, jam 5 petang, semalam selepas berada dalam keadaan kritikal sejak 12 hari lalu.

Difahamkan insiden itu berlaku pada 1.30 pagi, 21 Januari lalu, selepas suspek, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, dan mangsa bergaduh sebelum Afizi mengurung Saliza dan kemudiannya menuang petrol di sekeliling bilik tidur Saliza.

Akibatnya, Saliza dan anaknya, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril melecur 80 peratus badan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Manakala, ibu Saliza, Som Dollah, 62, turut melecur pada tangan dalam kejadian itu.

Mohd Afizi, yang merupakan seorang mekanik di sebuah kedai basikal telah ditahan pihak polis di Hutang Melintang, Perak pada jam 3 pagi, 22 Januari lalu, lapor Mynewshub.

P/S:Manusia sekarang banyak yang dah hilang pertimbangan.

Bahaya Sukan Waktu Malam



  Perhatian kepada mereka - mereka yang gemar bersukan pada waktu malam,artikel diatas boleh dijadikan rujukan anda untuk peringatan.Jagalah kesihatan anda.

Cream Cheese(Cheese Leleh)

Cream Cheese Craker versi Cheese Leleh
resepi : Suhana Ibrahim

https://www.facebook.com/groups/191211171073453/permalink/197145140480056/

Bhn
1 paket biskut cream creker
250g cream cheese
1/2 cwn susu pekat
1 kotak susu dutch lady
Cheddar cheese
Strawberry filling

Cara
Mix cream cheese hingga kembang dan gebu
Masukkan susu pekat,sedikit susu dutch lady. Dan pukul lagi hingga sebati
Rendam biskut dlm susu dutch lady seketika.Lapiskan dgn krim cheese tadi
Tuang lg cream cheese diatas..parut cheddar cheese plak
Guna piping utk hiasan kelilingnya
Taburkan manik urai utk hiasan
P/s:sebelum ni resepi guna nestum utk hiasan so saya tukar ker crea
m cheese

Sabtu, 1 Februari 2014

Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Daerah Ranau

 Gegaran Di Ranau


   Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau.
Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.
“Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat.
“Setakat ini, pihak polis daerah tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam mengenai gegaran itu,” katanya.

- Bernama
1557439_714815791884675_1840303679_n


p/s:Walaupun lemah namun orang di kampung saya memang panik kerana gegaran yang dirasa memang amat kuat,sehinggakan ada diantara penduduk yang tidak berani masuk semula ke dalam rumah kerana takut.

Lagi Buang Bayi

Buaya tunggu mayat bayi

Mersing: “Saya mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek umpama anak patung di permukaan sungai manakala di depannya dua buaya kecil menghampirinya.

“Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi Sa’at, 54, datang ke Sungai Tenglu Besar di Kampung Air Papan Tengah, di sini, untuk memancing sebelum menemui bayi berkenaan.

Pada masa sama, Abd Kadir berkata, dia turut yakin bayi berkenaan akan dibaham buaya jika dibiarkan begitu saja.

“Kami dapati dua buaya itu berada hampir mayat bayi dan apabila kami menghampiri, reptilia terbabit terus berpusing dan berlalu pergi,” katanya.

Foto: Mayat bayi yang ditemui oleh dua pemancing.
Ksian bayi tak bersalah ni...

Rabu, 29 Januari 2014

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH(TAULADAN)

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!) Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman Jangan lupa tekan share

Isnin, 27 Januari 2014

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

- Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
- Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
- Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
- Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
- Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
- Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
- Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
- Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

Sumber: zamdurrani.dumei.com