Rabu, 29 Januari 2014

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH(TAULADAN)

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!) Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman Jangan lupa tekan share

Isnin, 27 Januari 2014

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

- Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
- Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
- Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
- Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
- Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
- Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
- Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
- Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

Sumber: zamdurrani.dumei.com

Bas Ekspress Terbakar






Telupid: Seramai 32 penumpang dan dua pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas sempat keluar apabila kenderaan berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Telupid dipercayai berpunca daripada rokok, kira-kira jam 1 petang tadi


Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dipercayai memberhentikan kenderaan di atas jalan sebaik penumpang menjerit ada asap di dalam bas terbabit. 



Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi untuk memadamkan api berkenaan.


ps**malang tidak berbau,oleh itu sentiasalah berhati - hati,jangan cuai.

Ahad, 26 Januari 2014

BEKU UMPAMA SALJI

SABAH: Embun beku umpama salji

Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.

Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.
“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

Putih seperti kapas

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.

Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.

Sabtu, 25 Januari 2014

EMBUN BEKU UMPAMA SALJI



  Puncak Kinabalu catat suhu hingga -2'celcius dan air kolam di puncak membeku. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya

MAKANAN TRADISIONAL SABAH


   Keunikan makanan yang terdapat di negeri Sabah,antaranya adalah seperti yang saya lampirkan di bawah.


       Ambuyat

   Terkenal di pantai barat Sabah walaupun sebenarnya makanan tradisional Melayu Brunei,selain di Sabah,ambuyat ini juga terdapat di Sarawak dan Brunei Darussalam..ambuyat ini diperbuat daripada tepung sagu.


     Kuih Cincin

Kuih cincin ini popular di daerah papar,sedap dan rangup...sedikit manis dan masin.


Image
           Hinava

    Lazimnya Hinava mudah di sediakn.  Bahan-bahan yang di perlukan adalah ikan tenggiri,  limau nipis,  cili besar merah, bawang merah  dan bahan yang special biji buah "bambangan" yg di kisar halus.



     Bosou@Toonsom
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.


  Noonsom

Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).

KEK COKLAT KUKUS

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )

125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak)
1/3 cawan serbuk koko (diayak)
1/3 cawan horlicks (diayak)
4 biji telur gred AA
225 gm mentega
3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek)

Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).

Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.

Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar.

Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.

Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)

***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri


By: linapg.blogspot.com

BAHAYA SANTAU

Apakah Santau?
Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaiton. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan; di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dan/atau sebagainya; dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.
PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; ataskehendak amalan sihir berkenaan.
Jenis-jenis Santau:
  1. Santau Makan/Minum - Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
  2. Santau Angin - Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
  3. Santau Tuju - Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
  4. Santau Langkah - Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
  5. Santau Batuk - Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatanmoden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yangserius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
Bahan-bahan Membuat Santau
  1. Bahan Bisa – boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) – yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Simptom-simptom Terkena Santau
Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).
Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
  1. Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
  2. Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
  3. Demam dan/atau selsema.
  4. Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
  5. Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
  6. Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
  7. Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
  8. Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
  9. Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
  10. Sukar tidur malam.
  11. Kerap kebas tangan dan/atau kaki.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:
  1. Batuk berdarah.
  2. Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
  3. Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
  4. Hilang daya tumpuan dan ingatan.
  5. Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
  6. Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
  7. Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
  8. Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.
Merawat Pesakit Santau
  1. Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.
  2. Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syariyyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).
  3. Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.
  4. Bagi mendapatkan Rawatan Islam secara menyeluruh dan sistematik; bolehlah menghubungi PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM di talian 017-765 1747 (Sdr Zain Misbah) bagi mendapatkan TEMUJANJI Sesi Rawatan dan Terapi Al-Quran anda. In shaa Allah.

Sumber: Al-Qayyum

PADAH MEROGOL ADIK

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan ke atas seorang lelaki atas dua kesalahan merogol adik perempuannya yang masih di bawah umur, dua tahun lalu. 
Hukuman itu diputuskan Hakim Ooi Sheow Yean, selepas mendapati lelaki berusia 27 tahun itu bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang berusia 14 tahun di rumah mereka di Jalan Langgar, di sini, masing-masing pada 24 Ogos dan 29 November 2012 lalu. 

JENIS RIYAK


RUMAH TERBALIK


RUMAH TERBALIK



KERETA TERBALIK


Sebuah lagi tempat yang boleh dilawati di Sabah...Rumah Terbalik,terletak di Kg.Bantayan -Telibong di Tamparuli,kira-kira 40 kilometer sahaja dari bandar Kota Kinabalu,mula beroperasi pada 1 Februari 2012,selain rumah terbalik ada juga kereta yg terbalik,dalam erti kata lain hampir kesemua yang ada di dalam kawasan Rumah Terbalik adalah Terbalik...kecuali pasu2 bunga,restoren2 dan kedai cenderahati hihi...tandas juga terbalik tapi jangan risau sebab ada tandas yang tidak terbalik untuk kegunaan pengunjung hahaha...

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
   Selepas ini bolehlah datang bersama keluarga,jangan risau restoren ada disediakan disini dan makanannya memang dijamin halal dan sedap,bolehlah merasa makanan orang Sabah..oleh kerana tempat ini masih baru mungkin masih ada kekurangan dari segi landskap namun kami orang sabah percaya yang lawatan dan kunjungan anda disini memang akan berbaloi..selamat datang dari kami rakyat Sabah....
    

Selasa, 21 Januari 2014

DURIAN CREPE



















Durian crepe Oleh:Effa De Lisa


 Bahan-bahan ( 30 bantal ) -250grm tepung gandum -2 biji telur -500ml santan -1/2 sudu teh garam -Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur) Filling** -1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental -Isi Durian yg telah dilenyek. Cara-cara -Campur semua bahan kemudian blender dan tapis. -Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. -Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. -Angkat dan biarkan sejuk. -Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. -Akhir sekali lipat dan -simpan didalam peti sejuk.

Isnin, 20 Januari 2014

ROTI CANAI




















Resepi Roti Canai

 Oleh:Zaida Zainuddin Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan air Setengah cawan mentega 1 biji telur Sedikit susu pekat untuk rasa manis (tak nak takpe) Cara-cara: 1. Campurkan tepung gandum, air, mentega, telur dan susu pekat. 2. Gaul sebati dan biarkan 10 minit. Setelah itu, uli sebentar. Biarkan lagi 10 minit. Uli lagi. Biarkan lagi 10 minit. Uli dan bulatkan seberapa biji yang dikehendaki. Sapu doh dengan sedikit minyak, simpan untuk 3 jam atau lebih. JANGAN uli doh LEBIH 3 KALI kerana doh akan menjadi kenyal dan keras, susah untuk tebar. 3. Tebar (atau tarik doh pun boleh) dan goreng dengan minyak yang sedikit (macam kat kedai).

Rabu, 15 Januari 2014

AYAM UNGKEP

AYAM UNGKEP..
Oleh:Ct Zaiful
Like: Buku Resepi

Bahan-Bahan
1 ekor ayam
santan
2 batang serai- diketuk
10 tangkai cili kering- dikisar
1 labu bawang besar- dikisar
8 biji bawang merah- dikisar
4 ulas bawang putih- dikisar
2cm kunyit hidup- dikisar
2cm halia- dikisar
1 sudu makan biji ketumbar- dikisar
1 sudu makan jintan putih- dikisar
1 sudu makan jintan manis- dikisar
perasa- garam, gula, ajinomoto

Cara Menyediakannya..
~gaulkan ayam yang dipotong bersama bahan yang dikisar dan perap seketika
~kemudian masukkan ke dalam kuali bersama santan dan serai. Didihkan sehingga kuah kering dan pekat
~akhir sekali masukkan perasa secukupnya
~sedia dihidang

Sabtu, 11 Januari 2014

DAGING GORENG BEREMPAH

DAGING GORENG BEREMPAH

250 g daging Lembu (di potong2)
1 labu bawang besar ( saiz kecil )
1/2 inci halia ( dihiris)
1 biji cili merah ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 biji tomato ( potong 6)
daun bawang ( dipotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
sedikit garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak

Cara membuatnya

1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk di keringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan

By: potretkasih.com

Khamis, 9 Januari 2014

KEK KARAMEL

KEK KARAMEL
Oleh:Izie Ismail
Like:www.facebook.com/bukuresepi

A - Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Cara-Cara:-
Sediakan loyang bulat 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.

B - Adunan Karamel
1/2 tin susu cair (susu sejat)
70 gram gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Cara-Cara:-
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

C - Adunan Kek
70 gram gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:-
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

D - Bahan Meringe
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor
1 sudu teh serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:-
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)

Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warnaAkhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu (panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.....

MURTABAK MINI

MURTABAK MINI INTI DAGING
Oleh:Zai Aidit
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN-BAHAN:
5Keping kulit popia
BAHAN INTI
2Biji telur
1biji bawang besar(hiris)
100gram daging@4keping daging burger Ramli
3tangkai daun sup
3tangkai daun bawang
2tangkai cili merah basah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak.
CARA-CARA:
Daging@daging burger dicincang dengan sedikit air dikuali leper.Masak hingga kering dan ketepikan.Masuk daging dalam mangkuk dan pecahkan telur.Masuk hirisan bawang dan cili tadi gaul sebati.Masukkan hirisan daun bawang dan sup sebatikan semua adunan bersama garam secukup rasa.Ambil 1 keping kulit popia dan letakkan sedikit bancuhan murtabak.Lipat kulit popia dengan kemas dr mulat bucu kulit.Kemaskan ia sehingga lipatan popia ini terbentuknya mini murtabak.Panaskan kuali tadi dengan sedikit minyak.Apabila kuali panas,letakkan murtabak.Terbalik-balikkan murtabak sehingga masak.Sediakan ketika panas dicicah bersama kuah kari@sos cili sangat menyelerakan.
Selamat mencuba...

AYAM PENYET

AYAM PENYET
Oleh:Ziela Lewis
Like:www.facebook.com/bukuresepi

1 ekor-ayam belah 4 (rebus setengah masak)
1bji-bwang merah*
3ulas- bwang putih*
2sb -serbuk jintan halus*
2sb-biji ketumbar*
buah keras*
sdikit lengkuas,halia & kunyit hidup*
garam
sedikit gula
sedikit tepung beras + 1bji-telur

caranye :kisar semua bhn bertnda * kemudian msukkn gram,gula & tpung beras + telur tdi, perap ayam anggaran 1jm @ lbh lgi sedap....stelah tu bole la d goreng dgn api sederhana

sambal cili:
1bji-bwang merah
2ulas-bawang putih
6bji-cli padi
1bji-cili besar
sedikit belacan
ikan bilis
1/2bji-tomato potong kcik2

goreng semua bhn dia atas kemudian kisar shingga lumat & bole la d perasakn dgn garam,serbuk perasa & sedikit gula merah...... SELAMAT MENCUBA

BAHAN SAMPINGAN:timun,kobis,tempe & tauhu goreng & limau kasturi....sesuai juga d'makan dgn sup kosong juga nasi putih....

Sabtu, 4 Januari 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api

"KETAM MASAK LEMAK CILI API"
Oleh:Faisol Ceria
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Ketam 4 eko belah dua ikut suka hati
kunyit hidup i inchi*
bawang merah sebijik*
5 ulas bawang putih*
cili padi ikut suka kepedasan...*
santan (aku pakai santan kotak je..125ml lebih kurang)
air
garam
2 batang serai diketuk
sekeping asam keping
daun kunyit hidup dihiris halus....

kisar semua bahan bertanda * sehingga hancur lebur....panaskan periuk n masukkan bahan kisar..masukkan sekali serai yg diketuk n asam keping serta air...gunakan api yg slow..tutup periuk tadi n boleh lepak2 tgok tv jap jangan sampai tertido...dah sedikit mendidih, masukkan ketam dan santan serta garam..gaul sebati dan biarkan sekejap je..seafood xperlu masak lama2...cukup sekadar 3 minit...nanti hilang kejuician beliau kalau lama2 masak...last skali tabur daun kunyit yg dihiris halus dan gaulkan...tutup api n periuk...buka balik tudung periuk 2 minit pastu,naiklah bauan daun kunyit anda....boleh dihidangkan..sedap jika dihidangkan bersama nasik beras wangi..mantap tu...