Jumaat, 3 Januari 2014

Gulai Tempoyak Ikan Talapia Merah

GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA MERAH
Bahan:
4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
1 mangkuk tempoyak
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
5 ulas bawang merah*
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam & aji
sedikit gula kalau suka

Cara:
ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2..
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..
masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..

By: Maklong - aidahjune.blogspot.com


LIKE > https://www.facebook.com/NuRaudhah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan