Sabtu, 25 Januari 2014

RUMAH TERBALIK


RUMAH TERBALIK



KERETA TERBALIK


Sebuah lagi tempat yang boleh dilawati di Sabah...Rumah Terbalik,terletak di Kg.Bantayan -Telibong di Tamparuli,kira-kira 40 kilometer sahaja dari bandar Kota Kinabalu,mula beroperasi pada 1 Februari 2012,selain rumah terbalik ada juga kereta yg terbalik,dalam erti kata lain hampir kesemua yang ada di dalam kawasan Rumah Terbalik adalah Terbalik...kecuali pasu2 bunga,restoren2 dan kedai cenderahati hihi...tandas juga terbalik tapi jangan risau sebab ada tandas yang tidak terbalik untuk kegunaan pengunjung hahaha...

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
   Selepas ini bolehlah datang bersama keluarga,jangan risau restoren ada disediakan disini dan makanannya memang dijamin halal dan sedap,bolehlah merasa makanan orang Sabah..oleh kerana tempat ini masih baru mungkin masih ada kekurangan dari segi landskap namun kami orang sabah percaya yang lawatan dan kunjungan anda disini memang akan berbaloi..selamat datang dari kami rakyat Sabah....
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan